KEBAIKKAN DAN KEBURUKKAN ICT.
Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menggalakkan penggunaan
internet di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun kecapaian internet belum
menyeluruh di negara ini, tetapi teknologi ini telah digunakan di semua
peringkat masyarakat, termasuk golongan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh
mendapatkan banyak maklumat tentang negara, sistem pendidikan, budaya,
teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet. Golongan kanak-
kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama di perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar didapati. Kini,
kanak-kanak mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya menekan butang
komputer. Dengan bantuan internet, kanak-kanak boleh mendapatkan bahan-bahan
pembelajaran yang dikehendaki secara mudah. Capaian kepada internet melibatkan
banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail Archie, kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting). Internet juga membenarkan komunikasi
antara kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi
internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia.
Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi
antara rakan siber mereka.
Pertukaran maklumat
antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan mental dan psikologi
mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi peluang kepada kanak-kanak
membuat analisis yang lebih mendalam ke atas subjek yang diminati.
Perpustakaanperpustakaan di seluruh dunia merupakan sumber kepada kanak-kanak
untuk pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam pembelajaran mereka. Jika maklumat
yang dicari tidak terdapat di perpustakaan tempatan, maklumat ini dapat
diperoleh dan perpustakaan di luar negara.
Kanak-kanak boleh
didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa. Kanak-kanak didedahkan
kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita, maklumat dan foto tentang
pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat. Semakin matang pemikiran mereka,
kanak-kanak dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan
perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. Kanak-kanak yang didedahkan
kepada World Wide Web (www) dapat mencari maklumat yang dikehendaki.
Di peringkat umur
yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai masalah sosial seperti
lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam dan disko. Dengan adanya
internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar rumah. Mereka menghabiskan masa
melayari internet mencari maklumat ataupun membaca pelbagai bahan menarik yang
dipaparkan. Mereka dapat menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal
terbang, kereta, motosikal dan kereta api sebagai hobi. Im bukan sahaja mengisi
masa lapang kanak-kanak, malahan meningkatkan kecerdasan otak.
Internet juga
dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang berkesan.
Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak
dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan
multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran
dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran
konvensional. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman pula
dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu subjek
dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak senang tertarik
dan ingatan mereka bertambah baik.
Kesimpulannya,
pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak kepada
internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat
dengan penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini telah menyebabkan
dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin
mudah.
Isu-Isu Keburukan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang Sering
Dibangkitkan
Pada zaman negara
Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua
golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi
kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini.
Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan
menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun
sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam
pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada
mereka.
Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu
bapa yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat
namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu
bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada
pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada
pengasuh yang digaji di rumah. Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah
guru melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga
semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan
untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam
komputer.
Kanak-kanak akan
duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan
tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri
mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang
berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan
permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang
sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak
akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka
hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja
daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri
dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam
kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk
mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah
pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah.
Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika
kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika
ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan
mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan
itu.
Seterusnya ict juga
memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah.
Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat
mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan
pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci
yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu
muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat
mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru
perkara-perkara negative itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya
salah.
Ict pada zaman kini
merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh
guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam
pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan
komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi
latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak
digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Mereka tidak tahu
mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan
komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan
aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala
jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat
bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh
menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka
tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan
dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan
kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada
guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian
murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.
Kanak-kanak tidak
akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu
perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria
rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui
sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal
dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan
bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak
akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalhui pengalam mereka
disekeliling.
Guru juga akan
menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui
e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu
perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi
stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran
mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama.
Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat
menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru
tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer
itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan
kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.
Dalam
pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat
belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan
itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi
kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah
terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah
disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi
itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui
secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi
mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan
frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan
diksi.
Dalam usaha
mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa
halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir
haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif
serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian
teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru,
sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada
teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti
kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari
pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat
kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru
perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk
mengurus kelas.
Kay (1990) merumuskan
bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik
untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow
(1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer
sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the
development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek
sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling
besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber
manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar
seperti kementerian pendidikan.
Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar
dalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi
semata-mata.
Intihanya, ICT
sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat keburukan dalam
penggunaan ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan yang
negative kepada kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan
bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa
bergantung sepenuhnya kepada ICT . Mencari maklumat dan teknik terbaru
memanglah digalakkan kepasa semua guru-guru di tadika namun jika ia
disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak
didik kita menjadi mundur kebelakang dan tidak dapat berfikir ke arah
pembentukan masa depan terutamanaya tidak dapat memajukan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan