KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN ICT DI PRASEKOLAH
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information
Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru prasekolah swasta. Aspek yang telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian
iaitu kesediaan guru prasekolah swasta menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Sampel kajian terdiri daripada sepuluh orang guru
prasekolah swasta yang mengajar di salah sebuah prasekolah swasta di daerah
Hulu Langat. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik iaitu kaji selidik terhadap guru yang dipilih secara rawak.
Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian
mendapati guru - guru pra sekolah swasta kurang menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah disebabkan oleh faktor - faktor luaran
seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran
yang telah tersedia. Namun begitu guru – guru prasekolah swasta positif dalam sikap mereka ke arah
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa usul telah
dikemukakan kepada pihak pengurusan yang terlibat bagi memantapkan lagi
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di pra sekolah tersebut.
KANDUNGAN
KANDUNGAN
MUKASURAT
BAB I : PENGENALAN
1.0. Pendahuluan
1
1.1. Penyataan Masalah 3
1.2. Objektif Kajian
6
1.3. Persoalan Kajian
6
1.4. Batasan Kajian
7
1.5. Definisi / Istilah
7
1.6. Kepentingan Kajian
7
BAB II : TINJAUAN LITERATUR
2.0. Pendahuluan
8
BAB III : KAEDAH KAJIAN
3.0. Pengenalan
10
3.1. Reka bentuk Kajian
10
3.1.1. Penyelidikan Deskriptif 11
3.2. Sampel Kajian
11
3.3. Pengumpulan Data
11
3.4. Kaedah Analisis Data
12
BAB IV : PENGANALISAAN DATA
4.0. Pengenalan
12
4.2. Profil Sampel
12
4.2.1. Latar Belakang
Responden
13
4.2.2. Penggunaan ICT Dalam
P&P
14
4.2.3. Sikap Guru Terhadap ICT
14
4.2.4. Masalah Dihadapi Dalam Pengggunaan ICT 15
BAB 5 : RUMUSAN
5.0. Perbincangan
17
5.1. Rumusan
18
5.2. Cadangan Untuk Kajian
Selanjutnya.
20
Rujukan
21
Lampiran 22
BAB I
PENGENALAN
1.0. Pendahuluan
Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program
pendidikan bagi murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum
prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan
oleh Menteri di bawah Seksyen 22. Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk
memperkembangkan potensi kanak - kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dengan keadaan
semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak
(Kurikulum, 2010).
Dalam pendidikan prasekolah, guru harus menggunakan pelbagai pendekatan
aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat
serta minat murid. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan murid secara
aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.
Aktiviti tersebut perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik
bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama serta memperolehi
pelbagai pengalaman pembelajaran sebenar sama ada secara individu, secara kelas
ataupun secara kumpulan.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and
Communications echnology atau ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah
swasta merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran prasekolah. Kanak - kanak
hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Teknologi boleh memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak - kanak (Haugland &
Wr ight, 1997). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan
kemahiran baru. Oleh itu kanak - kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan
cara yang bermakna.
Jika ICT tidak sepenuhnya diintegrasikan ke dalam kurikulum secara
keseluruhan, ia boleh meninggalkan kesan negatif ke atas kreativiti kanak -
kanak (Haugland, 1992). Menyedari hakikat ini, Pada tahun 2002, program ICT
(KPM, 2003) prasekolah diberikan keutamaan dan dijadikan sebahagian elemen
penting di mana ia bukan sahaja telah diambil kira sebagai salah satu komponen
dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) malah pendekatan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan ICT juga diutamakan. Perkara ini juga perlu diikuti
oleh semua pra sekolah swasta.
Pada tahun 2008/2009 KPK disemak semula. Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) yang digubal diguna pakai mulai Januari 2010. KSPK digubal
dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran
yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran.
Tunjang-tunjang pembelajaran KSPK terdiri daripada (a) komunikasi, (b)
kerohanian, sikap dan nilai, (c) kemanusiaan, (d) sains dan teknologi, (e)
perkembangan fizikal dan estetika, dan (f) ketrampilan diri.Kurikulum KSPK
merupakan kurikulum yang berbentuk modular di mana ia merupakan satu kurikulum
yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang dikenali sebagai modul. Terdapat dua jenis modul iaitu
modul teras dan modul bertema. Modul teras terdiri daripada mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina/Bahasa Tamil, Pendidikan
Islam/Pendidikan Moral dan Matematik. Modul bertema pula merupakan modul
bersepadu yang erangkumi unsur unsur dalam keenam - enam tunjang pembelajaran
dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan
isu kehidupan/peristiwa seharian kanak -kanak. Guru prasekolah digalakkan
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. merentas kurikulum.
Pendekatan ICT digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan
bersama rakan sebaya dan memperkayakan pengalaman pembelajaran. Bagi menjayakan
rancangan ini, Kementerian Pelajaran telah membekalkan kelas prasekolah
kerajaan dengan sistem komputer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar -
pelajar prasekolah dan diharapkan menjadi ikutan oleh pihak pra sekolah swasta
(Lim Keat Heng, 2007).
1.1. Penyataan Masalah
Penggunaan
ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini termasuk di
prasekolah swasta. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah
diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
prasekolah di samping lain -lain pendekatan pengajaran dan pembelajaran
prasekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga
Menteri Pelajaran, berkata kurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen
kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda
kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Tan Sri Muhyiddin
berkata usaha untuk menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi
dalam sistem pendidikan negara tidak akan sempurna tanpa dimasukkan peranan
ICT. Beliau berkata penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang
minda. (Kosmo Online, April 14, 2010).
Namum begitu, di Malaysia pendekatan ICT masih belum mendapat perhatian
yang menggalakkan seperti di negara - negara barat. Dapatan daripada Pelan
Rancangan Pendidikan 2001-2010 mendapati antara tahun 1996 -2000, daripada 30%
guru yang menghadiri kursus ICT hanya segelintir yang menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di negara barat pula, penggunaan ICT agak
terkenal. Sebagai contoh di negara barat, kebiasaannya ICT seperti video,
televisien, perisian multimedia digunakan untuk melibatkan kanak - kanak
prasekolah secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet juga
digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, laman web
Public Broadcasting Service (PBS) iaitu laman PBS Kids menyediakan pembelajaran
literasi yang baik untuk kanak -kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Di sini ,
mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman
National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan,
kraf, aktiviti sains dan teknologi untuk kanak - kanak (Bergen, 2001).
Terdapat banyak cara dan teknik guru prasekolah boleh mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu caranya ialah menggunakan
perisian yang sesuai dengan perkembangan kanak -kanak untuk mencapai objektif
pelajaran. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih bahan ICT yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan ‘freeware’ yang
sesuai dengan perkembangan kanak -kanak untuk melengkapi aktiviti -aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah dan menjadikan pengalaman belajar
kanak -kanak prasekolah lebih seronok dan bermakna (Bergen, 2001). Jika dilihat
senario ini di Malaysia, guru prasekolah kurang mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran atas alasan kekangan masa, kemudahan ICT yang tidak
lengkap atau terhad bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Guru prasekolah
perlu berusaha mencari jalan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya kanak - kanak prasekolah akan mendapat
manfaat yang maksimum daripadanya.Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran merupakan cabaran untuk guru prasekolah (Myhre, 1998). Pendekatan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran harus dirancang dan dilaksanakan sesuai
dengan usia, minat dan tahap perkembangan kanak -kanak. Keberkesanan ICT dalam
pendidikan prasekolah bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru
prasekolah (Haugland & Wright, 1997). Guru adalah agen utama dalam inovasi
pendidikan. Mereka merupakan salah satu faktor utama dalam mengadopsi, mengintegrasikan,
dan menggunakan ICT di sekolah (Nash & Moroz, 1997). Sikap guru adalah
berkaitan rapat dengan keberkesanan penggunaan ICT dalam kelas kerana mereka
mempengaruhi pengalaman ICT kanak - kanak di persekitaran sekolah (Simonson,
1995).
Kesediaan guru prasekolah untuk mengintegasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran KSPK. Oleh itu, boleh
dikatakan bahawa keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada masalah seterusnya iaitu
berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan ICT
digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru terhadap
penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt & Kinzie, 1993).
Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu
menggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitu
kurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputer merupakan
halangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalam bilik darjah.
(Dupagne & Krendl, 1992).
1.2. Objektif Kajian
Beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti
berikut;
a. Mengenal pasti penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru prasekolah swasta.
b. Mengenal pasti masalah yang
dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah
swasta.
c. Mengenalpasti sikap guru
prasekolah swasta dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3. Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan
supaya penyelidik dapat menghuraikan beberapa persoalan iaitu;
1.3.1 Adakah guru menggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah swasta?
1.3.2 Apakah masalah – masalah yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT di prasekolah
swasta?
1.3.3 Apakah sikap guru prasekolah
swasta mempengaruhi dalam penggunaan ICT ?
1.4. Batasan Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana dapatan tentang penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru diperolehi melalui
soal selidik merangkumi sikap dan masalah penggunaannya.
1.5. Definisi / Istilah
Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu
untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan
bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti
teks,grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan
untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan,
pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu
atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat
yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian
setempat atau global (RozinaJamaludin, 2000). Penguasaan pengetahuan dan kemahiran
ICT di kalangan guru swasta dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaranmereka.
1.6. Kepentingan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik dapat menghuraikan faktor dan
juga ciri-ciri terbaik agar;
1.6.1. Boleh dijadikan rujukan
kepada sekolah-sekolah harian biasa.
1.6.2 Boleh dijadikan panduan
oleh pihak pentadbir pendidikan di prasekolah swasta untuk mengatasi pelbagai
masalah melibatkan penggunaan dan pengurusan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di samping merangka langkah-langkah penambahbaikan ke atas
pengurusan ICT sedia ada.
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
Kebanyakan guru
prasekolah swasta di Malaysia kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran disebabkan masalah yang mereka hadapi. Hannafin dan Savenye telah
mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan guru enggan menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu, kelemahan reka bentuk perisian,
skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasil
pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untuk
belajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takut
kehilangan kuasa mereka di kelas kerana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar (Hannafin, 1999; Savenye, 1993). Masalah yang menyumbang kepada
kegagalan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranperlu ditangani bagi
memastikan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah
mencapai objektif dan matlamatnya.
Woodrow (1991) dalam kajiannya mendapati guru akan mengalami perasaan
gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum. Corston dan
Colman (1996) dan Hohmann (1994) juga mendapati guru yang berasa kurang yakin
dan gelisah lebih cenderung untuk mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka tidak akan menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurang keyakinan apabila menggunakan ICT
serta kurang pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru merupakan
masalah utama dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
yang mempunyai sikap positif terhadap penggunaan ICT boleh menggunakan ICT
secara lebih efektif.Sikap guru memainkan peranan penting dalam pengintegrasian
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu isu yang perlu
ditangani bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Tsitouridou dan Vryzaz (2003) telah mengkaji sikap guru prasekolah
terhadap penggunaan ICT. Dapatan kajian mereka menunjukkan sikap guru
dipengaruhi oleh penggunaan komputer di rumah, pengalaman dan kemahiran
komputer serta kursus komputer yang dihadiri. Guru yang mempunyai komputer di
rumah mempunyai pengalaman dan kemahiran komputer dan pernah mengikuti kursus
komputer tidak berasa gelisah dan mempunyai sikap positif terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan guru ini akan lebih cenderung
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persepsi guru juga
memainkan peranan penting dalam menentukan sikap positif terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan persepsi dan
sikap guru boleh berubah sekirannya guru diberi latihan atau kursus ICT.
Sikap guru juga merupakan satu faktor yang menentukan keberkesanan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dawes (1999), guru
perlu mempunyai kemahiran komputer terlebih dahulu sebelum mengintegrasikan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah, mereka juga perlu mengikuti perkembangan
dan perubahan ICT dalam pendidikan. Guru memainkan peranan penting dalam
menentukan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya memastikan objektif KSPK tercapai walaupun mengajar di peringkat pra
sekolah swasta.
Kesimpulannya, amalan
menggunakan ICT adalah merupakan salah satu faktor bagi menarik menarik minat
murid untuk belajar. Pihak pengurusan,
guru-guru serta murid saling berperanan bagi mencapai matlamat kecemerlangan
institusi pendidikan itu. Apa pun kaedah
yang digunakan, semuanya adalah untuk kejayaan anak-anak didik kita.
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.0 Pengenalan
Kajian ini dilakukan
bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan ICT yang djalankan oleh sebuah sekolah
prasekolah dalam mempastikan kelangsungan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik akan menerangkan tentang kaedah-kaedah penyelidikan, rekabentuk
penyelidikan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisian data. Kajian ini
akan dijalankan terhadap seorang sepuluh orang guru prasekolah swasta.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan
satu kajian deskriptif menggunakan rekabentuk tinjauan dengan mengumpul data
dalam masa dua minggu hasil daripada maklum balas sampel kajian yang melibatkan
guru-guru prasekolah swasta di daerah Hulu Langat, Selangor. Oleh kerana kajian
ini berbentuk tinjauan, maka instrumen soal selidik telah digunakan untuk
mengumpul data daripada responden. Soalan soal selidik yang digunakan adalah
seperti yang dicadangkan oleh Mohd.Najib Ghafar (1999) iaitu responden
dikehendaki memilih respon berdasarkan skala Likert yang telah ditetapkan.
3.1.1 Kajian Deskriptif
Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik
mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati
secara fakta dan
tepat seperti satu tinjauan pendapat umum untuk menilai sikap pengundi
terhadap
pilihanraya atau satu kajian tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan
bimbingan dan
kaunseling disektor korporat.
Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa
melakukan kajian yang merangkumi beberapa proses seperti merancang,
mengembangkan alat, mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data serta
menyebarkan data. Semua proses ini perlu dilakukan mengikut langkah yang
teratur agar proses penyelidikan dapat berjalan secara teratur dan sistematik.
3.2 Sampel Kajian
Untuk mendapatkan hasil
yang maksimum, sesuatu kajian haruslah merangkumi keseluruhan individu yang
terlibat. Sampel kajian dalam kajian
ini melibatkan 10 orang guru prasekolah
swasta, maka sampel bagi kajian ini ialah populasi sebenar.
3.3 Pengumpulan data
Sampel kajian terdiri
daripada 10 orang guru di prasekolah swasta yang dipilih secara rawak. Borang
soal selidik dihantar kepada responden melalui e-mel. Instrumen kajian adalah
berdasarkan kepada soal selidik dengan skala 4 sela (tidak setuju, kurang
setuju, setuju, dan sangat setuju). Soal selidik yang dibina adalah adaptasi
daripada soalan-soalan yang terdapat di dalam beberapa jurnal yang lepas
(Bergen, 2001; Levin & Wadmany, 2006; Tsitouridou & Vryzas, 2003).
Dalam borang soal selidik terdapat empat bahagian iaitu, latar belakang
responden, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, dan masalah dan sikap dalam penggunaan ICT. Data yang
diperolehi dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif
iaitu kekerapan dan peratus untuk menentukan sikap, keberkesanan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran, dan keseriusan masalah yang dihadapi.
3.4 Kaedah Analisis Data
Pada asasnya,
penganalisisan data dalam penyelidikan sosial bertujuan menjelaskan perkaitan
antara pembolehubah-pembolehubah dan merupakan satu-satunya kaedah teknikal
yang dapat menghasilkan rumusan-rumusan bagi sesuatu kajian (Bakri,2003). Bagi
memahami kaedah di atas, penerangan
lanjut bagi setiap kaedah penganalisisan tersebut adalah perlu.
BAB IV
PENGANALISAAN DATA
4.0 Pengenalan
Di dalam bab ini,
penyelidik membincangkan hasil dapatan
yang telah diperoleh melalui soal selidik yang dijalankan secara langsung ke
atas sepuluh seorang responden dari sebuah prasekolah swasta yang dipilih.
Hasil keputusan dalam kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan
kajian yang telah dikemukakan dalam bab 1.
4.2.1 Latar belakang responden
a. Taburan responden mengikut
jantina
5 orang responden terdiri daripada 5 orang perempuan manakala 5 orang responden terdiri daripada lelaki. Namun,
perbezaan jantina tidak akan dikaji dalam kajian ini.
b. Kelayakan akademik
Seramai 3 seorang responden berkelulusan akademik SPM, 2 orang
berkululusan STPM dan selebihnya 5 orang responden mempunyai kelayakan akademik
Ijazah Sarjana Muda.
c. Pengalaman mengajar
Lima (5) orang responden mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 1
tahun, 2 orang responden mengajar 2 - 5 tahun, 1 orang responden mengajar 6-9
tahun dan 2 orang responden mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 10
tahun.
d. Kelulusan / Kelayakan dalam
bidang komputer
Hanya 4 orang responden mempunyai sijil kursus Microsoft Office serta
sijil daripada kursus anjuran KPM and selebihnya 6 orang responden tidak
mempunyai sebarang kelulusan / kelayakan bidang komputer
e. Memiliki komputer / laptop
atau tidak
Kesemua responden memiliki komputer / laptop
f. Pernah menghadiri kursus
komputer
Lima (2) orang responden tidak menghadiri kursus komputer dalam masa 3
tahun kebelakangan dan 8 orang responden menghadiri kursus komputer (1-3 hari)
dalam masa 3 tahun kebelakangan ini.
g. Guna komputer dalam P&P
Tujuh belas (7) orang responden menggunakan komputer dalam P&P dan 3
orang responden tidak menggunakan komputer dalam P&P.
h. Kekerapan penggunaan komputer
Seorang (1) responden guna komputer 2 -3 kali seminggu, 3 orang responden
guna komputer seminggu sekali, 2 orang responden guna sebulan sekali dan 4
orang responden tidak pernah menggunakan komputer dalam P&P
4.2.2 Penggunaan ICT dalam
P&P
Bagi objektif kajian pertama mengenai penggunaan ICT dalam P&P hampir
96% responden yakin mampu menghidupkan dan mematikan komputer dengan betul, 92%
responden pula boleh mengawal dan menggunakan mouse dengan baik serta 70%
responden tahu cara untuk membuat penyambungan wayar RGB LCD ke komputer; 62%
responden tahu yakin dengan kebolehan menyambungkan kabel bagi membolehkan
komputer beroperasi 60% tahu fungsi komponen komputer.
Dari segi amalan penggunaan ICT dalam P&P, hanya 47% responden
menggunakan perisian komputer untuk menyediakan bahan P&P. Sementara 57%
pula sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan internet, mahir guna CD
interaktif serta sering guna LCD untuk tujuan P&P.
4.2.3 Sikap Guru Terhadap
Penggunaan ICT
Dalam objektif kedua kajian ini mengenai sikap guru terhadap penggunan
komputer didapati 93% percaya penggunaan komputer dapat membantu murid memahami
pelajaran dan menarik minat murid untuk belajar ; 93% setuju komputer boleh
meringankan tugas guru; 85% yakin bahawa mereka boleh menggunakan komputer
dengan baik dan 82% responden setuju bahawa menggunakan komputer dalam P& P
amat menyeronokkan murid - murid; 78% responden juga bersetuju pengajaran
menggunakan komputer amat menyenangkan; 57% boleh guna komputer dalam
pengajaran; 57% setuju objektif pengajaran mudah tercapai dengan menggunakan
komputer; 50% setuju komputer dapat memperkembang intelek; 43% akan guna
komputer jika dipaksa oleh pihak pentadbir serta; 43% akan guna komputer dalam
pengajaran jika tahu mengendalikannya; hanya 40% sering guna komputer dalam
P&P.
4.2.4 Masalah yang dihadapi dalam
penggunaan ICT
Untuk objektif ketiga kajian ini mendapati 98% responden setuju komputer selalu rosak dan sukar mendapatkan
bantuan teknikal sekiranya berlaku kerosakan. Selain itu, 97% responden setuju
bilangan komputer tidak mencukupi bagi membolehkan guru menggunakannya. Hanya
53% responden kurang mahir menggunakan perisian komputer, 43% kurang mahir guna
LCD, takut jika LCD rosak dan perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan. Hanya
17% responden tidak berpeluang mengikuti kursus komputer.
BAB V
RUMUSAN
5.0 Perbincangan
Daripada dapatan yang
diperolehi melalui penganalisaan data, jelas menunjukkan Kajian ini penting
kerana memberi gambaran sejauh mana guru prasekolah swasta menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran, melihat perubahan sikap guru prasekolah
serta masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT. Dapatan kajian seterusnya
dapat memberi petunjuk bentuk dan jenis kandungan latihan atau kursus yang diperlukan
oleh guru prasekolah swasta bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka
tentang kemahiran ICT serta teknik atau pendekatan ICT dalam P&P yang boleh
digunakan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
Keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P diyakini dapat membantu mencapai
objektif pelaksanaan. Dari aspek sikap guru, 85% responden yakin bahawa mereka
boleh menggunakan komputer dengan baik dan 82% responden setuju bahawa
menggunakan komputer dalam P&P amat menyeronokkan murid -murid; 78% responden
juga bersetuju pengajaran menggunakan komputer amat menyenangkan. Dapatan ini
menunjukkan peratusan keyakinan responden tidak seimbang dengan peratusan
penggunaan ICT. Malangnya, penggunaan komputer dalam P&P masih tidak
menggalakkan iaitu sebanyak 56% sahaja jika dibandingkan dengan kekerapan
penggunaan walaupun responden mengetahui dan percaya menggunakan komputer dapat
membantu murid memahami pelajaran. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah guru
prasekolah swasta sedar manfaat penggunaan ICT dalam P&P tetapi mereka
sendiri menolak penggunaannya serta kurang menggunakan ICT merentas kurikulum.
Dari segi kesediaan guru prasekolah, dapatan kajian mendapati 67% daripada
responden tidak mempunyai kemahiran yang meyakinkan dalam bidang komputer.
Hanya 33% sahaja responden yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam
bidang tersebut. Dalam situasi ini guru tidak boleh dipersalahkan kerana tidak
mempunyai kesediaan dalam penggunaan ICT dalam P&P. Sepatutnya guru perlu
mempunyai inisiatif sendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan
dengan ICT sejajar dengan perkembangan teknologi; 83% responden hanya diberi
latihan kursus jangka pendek iaitu satu hingga tiga hari sahaja. Kursus ini
hanya mampu memberi pengetahuan paling asas berkaitan dengan ICT kepada
responden. Kursus ini tidak cukup untuk meyakinkan guru prasekolah swasta
menggunakan kemahiran asas yang dimiliki dalam P&P dalam kelas. Dapatan ini
ada kaitan dengan penggunaan komputer dalam P&P. Penggunaan komputer yang
rendah disebabkan kemahiran guru pada tahap yang paling asas. Guru sepatutnya
menghadiri latihan atau kursus sekurang-kurangnya sekali dalam masa 6 bulan
bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran komputer yang terbaru dan terkini.
Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian yang dijalankan
oleh Corston dan Colman (1996) dan Hohmann (1994) yang menyatakan guru kurang
kemahiran dan pengetahuan komputer kurang yakin dan seterusnya tidak akan
menggunakan komputer dalam P&P.
Dapatan kajian menunjukkan 57% responden menggunakan ICT dalam P&P
sama ada di dalam kelas mahupun di makmal komputer. Ini mungkin disebabkan
penggunaan ICT dalam proses P&P memudahkan kerja guru dan objektif
pengajaran lebih mudah difahami oleh murid - murid.
Dari segi kekerapan penggunaan ICT, hanya 17% responden menggunakannya 2-3
kali seminggu di dalam bilik darjah dan hanya 23% responden menggunakannya
sekali seminggu. Dapatan juga menunjukkan 43% responden tidak menggunakan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini amat mengecewakan
kerana tidak setimpal dengan jumpah bayaran prasekolah swasta yang lebih mahal
berbanding prasekolah milik kerajaan.
Dapatan kajian juga mendapati guru - guru yang tidak menggunakan komputer
terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun.
Hal ini kerana ledakan teknologi berlaku dengan begitu pantas. Guru tersebut
hanya mempelajari kemahiran teknologi seperti OHP dan projektor yang sudah
tidak relevan digunakan pada masa ini. Dari segi kebolehan penggunaan ICT,
hampir 96% responden yakin menekan butang “on” dan “off” untuk menghidupkan
komputer, 92% responden pula boleh mengawal dan menggunakan tetikus dengan baik
, 60% tahu fungsi komponen komputer dan 62% responden tahu membuat sambungan
kabel bagi membolehkan komputer beroperasi serta 70% responden tahu cara untuk
membuat penyambungan wayar RGB LCD ke komputer.
5.1 Rumusan
Analisis dan dapatan kajian ini secara keseluruhannya mendapati guru
prasekolah swasta
mempunyai kemahiran komputer, kebolehan dan keupayaan menggunakan
komputer.
Mereka juga sedar bahawa penggunaan ICT dalam P&P dapat menarik minat
murid
untuk belajar serta memperkembang intelek mereka. Akan tetapi kemudahan
ICT yang
rendah kurang menggalakkan dan memotivasikan guru prasekolah menggunakan
ICT
dalam P&P. Penggunaan ICT juga dipengaruhi oleh tempoh perkhidmatan
guru. Guru
yang lebih lama berkhidmat kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana
kurang
didedahkan dengan ICT ketika mereka bekerja berbanding dengan guru yang baru. Guru
prasekolah swasta sebenarnya tidak ada alasan tidak menggunakan ICT dalam
P&P.
Terdapat banyak agensi kerajaan dan swasta yang sentiasa menganjurkan
kursus –
kursus komputer supaya guru guru prasekolah swasta menerima ilmu
pengetahuan dan
kemahiran ICT yang terkini.
Perubahan sikap guru juga tidak begitu mempengaruhi penggunaan ICT di
bilik darjah
Penggunaan ICT di prasekolah swasta masih kurang meyakinkan. Namun begitu
perubahan yang sedikit dalam sikap guru menunjukkan sikap guru masih boleh
diubah
sedikit demi sedikit pada masa depan dengan memberi latihan atau kursus
ICT bagi
membina keyakinan dan kemahiran guru terhadap ICT dalam P&P. Guru
prasekolah
swasta perlu sedar ICT akan menjadi sebahagian pendekatan P&P pada
masa kini dan
akan datang. Pengunaan ICT dalam bilik darjah sangat penting untuk
mempersiapkan
kanak - kanak prasekolah untuk masa depan mereka. Sebagai guru
prasekolah,adalah
penting untuk mengetahui keperluan kanak - kanak prasekolah. Oleh
itu,persediaan dan
pengalaman awal kanak - kanak memerlukan pembelajaran yang terancang,
menarik dan
relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu
kanak –
kanak tersebut. Bagi memastikan ICT digunakan secara efektif, guru
prasekolah swasta
perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus
peka pada tahap
perkembangan dan ciri - ciri peribadi setiap kanak - kanak dan mengubah
suai teknik
pengajaran mereka mengikut keperluan kanak - kanak tersebut. Guru
prasekolah juga
perlu mempunyai persepsi dan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam
P&P.
Guru prasekolah swasta perlu bijak dan kreatif dalam penggunan ICT di
kelas
prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi
kanak -
kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta
aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Penggunaan ICT yang berkesan
membolehkan
ICT digunakan sebagai alat P&P yang dapat dimanfaatkan bagi
pembangunan akademik
dan perkembangan sosial kanak - kanak.
5.2 Cadangan untuk kajian
selanjutnya
Untuk mendapatkan satu
jawapan yang lebih jelas dan mantap supaya boleh dijadikan satu panduan yang
lebih khusus dan menyeluruh oleh guru-guru, penyelidik mencadangkan agar :
i. Pada kajian akan
datang, kajian ini boleh dibuat perbandingan dengan kajian-kajian di tempat
lain, supaya dapat dilihat adakah kekerapan dan kaedah yang digunakan oleh sampel-sampel lain
mempunyai kesamaan dengan sampel dalam kajian ini.
ii. Skop kajian ini
diperluaskan lagi dengan penambahan bilangan lokasi kajian, bilangan populasi
dan bilangan sampel supaya dapat dilihat kekerapan dan kesamaan dari segi
jawapan oleh responden.
iii. Untuk mendapat
kajian yang skopnya besar, penyelidik juga boleh menjalankan kajian ini dengan
teknik soal selidik, iaitu menggunakan soalan-soalan untuk mengetahui respon
ibu bapa dan penjaga di prasekolah swasta.
RUJUKAN
1. Azizi Yahaya
(2007).Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan . Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
2. Dawes, L. (1997).Teaching
talk. Dlm. R. Wegerif, R. & P. Scrimshaw (Penyt.),Computers
and talk in the primary classroom. Clevedon: Multilingual Matters.
3. Dupagne, M., & Krendl,
K. A. (1992).Teachers’ attitudes toward computers: A review of
the literature .Journal of Research and Computing in Education , 24(3),
420-430
4. Kassim bin Abbas
(2006).Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
5. Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2013). Konsep pendidikan prasekolah. Dimuat turun daripada
http://www.moe.gov.my/my/prasekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan